Skip to content

Pilihan Allah adalah yang Terbaik

Seseorang itu belum dapat apa dia nak. Bukan sebab usaha dia belum cukup, tapi Allah nak selamatkan dia.

Ada juga yang kaya-raya bukan sebab usaha dia lebih atau pandai daripada orang lain. Allah nak selamatkan dia daripada keburukan diri sendiri.

Ada suami yang belum berjaya dalam bisnes, sebab belum kaya pun dah menggatal dengan wanita lain.

Ada isteri yang belum berjaya dalam bisnes, sebab belum kaya dah suka melawan suami.

Ada yang miskin, kerja siang malam tak juga kaya-kaya. Sebab Allah tahu bila dia kaya, dia jadi riak.

Ada yang kaya, buat apa benda pun jadi. Sebab Allah tahu kalau dia miskin dia memberontak dan jadi kufur sebab tidak tahan dengan kesusahan.

Apapun kesenangan dan keperitan yang kita alami. Ia adalah takdir dan pilihan Allah.

Pilihan Allah sudah tentu lebih baik daripada pilihan manusia itu sendiri.

Firman Allah yang bermaksud,

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Al-Baqarah: 216

Kalau faham konsep ini, seseorang itu akan mudah untuk bersyukur ketika diberi nikmat, bersabar ketika ditimpa musibah dan istighfar (mohon ampun kepada Allah) ketika terjerumus dalam dosa.

3 tabiat ini; syukur, sabar dan istighfar kalau ada pada seseorang. Maka, dia sudah mencapai kebahagiaan hidup.

Published inislamUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *