“Syifaa, babah nak rehat. Babah penat sayang.” isteriku pujuk Syifaa, anak kedua kami.
Biasalah di pejabat. Kalau tak banyak kerja, sampai rumah boleh main kejar-kejar dengan anak. Kalau terlalu sibuk, nak pandu kereta balik pun rasa tak larat.
Ustaz kongsikan satu hadis yang telah mengubah ‘mindset’ aku tentang bekerja.
Daripada Ka’ab bin Ujrah, dia berkata,“Ada seorang lelaki melewati Nabi ﷺ, maka para sahabat melihat betapa lelaki ini masih muda dan kuat, mereka mengatakan, “Ya Rasulullah, alangkah baiknya kalau orang ini keluar berjihad di jalan Allah.”Beliau bersabda,“Kalau dia keluar mencari nafkah buat anaknya yang masih kecil maka dia juga jalan Allah;Kalau dia bekerja untuk mencari nafkah buat kedua ibu bapa yang sudah tua maka dia juga di jalan Allah;Kalau dia bekerja untuk mencukupi keperluan sendiri agar terjaga kehormatan maka dia juga di jalan Allah.Tetapi kalau dia bekerja untuk riya` dan membanggakan diri maka dia di jalan syaitan.” [1]
Contoh, seorang lelaki meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di bandar. Dia berniat mencari wang supaya boleh beli kereta besar untuk berbangga atau ingin dihormati di kampung. Maka, dia di jalan syaitan.
Kawan-kawan,
[1]
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة ، قَالَ : مَرَّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ ، فَرَأَى أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ جِلْدِهِ وَنَشَاطِهِ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ : لَوْ كَانَ هَذَا فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنْ كَانَ خَرَجَ يَسْعَى عَلَى وَلَدِهِ صِغَارًا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ ، وَإِنْ كَانَ خَرَجَ يَسْعَى عَلَى أَبَوَيْنِ شَيْخَيْنِ كَبِيرَيْنِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ ، وَإِنْ كَانَ يَسْعَى عَلَى نَفْسِهِ يُعِفُّهَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ ، وَإِنْ كَانَ خَرَجَ رِيَاءً وَمُفَاخَرَةً فَهُوَ فِي سَبِيلِ الشَّيْطَانِ.
Dikeluarkan oleh Ath-Thabarani dalam ash-Shaghir, no. 940 dan Al-Awsath, no. 6835. Al-Haitsami mengatakan dalam Al-Majma’ (4/596): “Para perawi Al-Kabir adalah perawi kitab shahih.”
Be First to Comment