Skip to content

Hafalan al-Quran yang Luar Biasa!

Saya kagum dengan hafalan al-Quran anak-anak didik Ustaz Kamilin Jamilin.
Hafalan mereka diuji bukan dengan menyuruh mereka menyambung ayat al-Quran yang dipilih secara rawak seperti pelajar tahfiz yang biasa.
Tetapi mereka diuji supaya membacakan ayat al-Quran dengan menyatakan nombor ayat itu.
Sebagai contoh, kita tanya pada anak-anak ini “Bacakan ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat 167.” Mereka boleh membaca ayat itu dengan tepat.
Bukan itu saja, tanya lagi, “Bacakan 20 ayat sebelum itu.” Mereka boleh jawab lagi dengan tepat.
Dan ditanya lagi “Apakah 10 ayat sebelum itu.” Anak-anak ini boleh membacakan ayat itu dengan tepat.
Saya sempat berbual dengan anak-anak didik Ustaz Kamilin.
Saya: Berapa umur dik?
A: 11 tahun bang.
Saya: Berapa juz dah hafal?
A: 11 juz setengah.
Saya: Berapa lama target nak habiskan 30 juzuk?
A: Kami tak target macam tu bang. Ustaz ajar suruh kami mantapkan hafalan bukan berapa cepat kami boleh hafal.
Semoga Allah memberkati mereka semua!
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *